Video Kepentingan Kemahiran Membuat Nota (GKB1053)
5.1 Cara Membuat Nota
Kemahiran membuat nota ialah idea penulisan yang menggunakan pelbagai penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca, ayat ringkasan dan ejaan yang betul. Penggunaan membuat nota amatlah digalakkan dalam kalangan pelajar kerana ianya amat ringkas, padat dan tepat serta sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan untuk mengulang kaji.
Melalui penggunaan nota pelajar boleh menggunakan nota tersebut sebagai bahan perbincangan-perbincangan. Dalam konteks ini, untuk membuat nota yang kelihatan teratur pelajar disarankan menggunakan teknik peta minda dengan mengisi isi penting sahaja. Dalam hal ini, pelajar seharusnya mengamalkan cara penyimpanan nota yang bersistematik untuk memudahkan diri sendiri semasa mengulang kaji.
Faktor kegagalan pelajar sekolah untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan berkemungkinan disebabkan daripada pelajar yang tidak membuat atau mempunyai nota yang tersusun. Terdapat beberapa cara membuat nota iaitu melalui annotation, outline notes, column notes dan nota rumusan.
5.1.1 Annotation
Nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting , kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah . Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan . Catatan disediakan dengan menggunakan pen Highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang dinyatakan. Annotation juga boleh dibuat dengan menggaris fakta, menandakan isi penting, menggunakan tanda atau simbol, menggunakan tanda betul dan salah dan boleh juga menggunakan pelekat. Contohnya :
5.1.2 Outline Notes
Nota yang disediakan dalam bentuk point dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan. Nota dibuat dengan menyenaraikan point utama dan subpoint. Point utama adalah fokus kajian/isu keprihatinan manakala subpoint adalah tinjauan masalah dan analisis masalah. Contohnya :
Rajah 5.2 Contoh Outline Notes
5.1.3 Column Notes
Nota dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum. Kolum kiri diisi dengan idea utama/tajuk atau subtajuk manakala kolum kanan diisi dengan perenggan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk. Contohnya seperti gambar rajah dibawah :
Rajah 5.3 Contoh Column Notes
5.1.4 Nota Rumusan
Ditulis dengan mencatat semua apa yang difahami daripada teks yang dibaca atau didengari dengan meringkaskan maklumat dan isi penting yang diperoleh. Nota ini dibuat dalam bentuk perenggan. Contohnya :
Rajah 5.4 Contoh Nota Rumusan
Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami.Kebiasaannya alat berfikir yang sentiasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda, Pemetaan i-THINK, teknik menyoal aras tinggi, alat Cort 1, dan alat Cort IV (pemikiran kreatif). Terdapat beberapa alat-alat berfikir dalam membuat nota. Antaranya ialah :
5.2.1 Pengurusan Grafik

Pengurusan grafik ialah atu rangka yang digunakan untuk memindahkan apa yang difikirkan ke atas kertas untuk dilihat dan disusun. Contohnya, isi penting sesuatu buku/pembelajaran. Menggunakan pemetaan/pola penyusunan untuk mewakili perhubungan berkaitan dengan sesuatu idea yang jelas, sistematik dan berkesan. Pengurusan grafik dapat membantu menjadikan ingatan pelajar menjadi lebih kuat dan lebih mudah memahami sesuatu yang dibincangkan.
Penggunaan borang grafik juga dapat membantu seseorang untuk :
Rajah 5.5 Penggunaan borang grafik membantu seseorang
Contoh penggunaan borang grafik yang digunakan dan melibatkan kemahiran berfikir ialah :
5.2.2 Peta Minda
Digunakan untuk merangsang kemahiran berfikir pelajar ialah peta minda. Penggunaan peta minda sejak berzaman bertujuan untuk pembelajaran, ingatan, pecambahan fikiran, pemikiran visualisasi, dan penyelesaian masalah yang dilakukan oleh para pendidik, jurutera dan pakar psikologi.
Rajah 5.6 Bentuk Peta Minda
Peta minda digunakan sebagai bahan rujukan yang mempunyai pelbagai bentuk dan aplikasi serta maklumat yang ringkas dan padat.
Tujuan penggunaan peta minda ialah untuk :
i. Mengorganisasi idea dalam bentuk gambar dan kata kunci.
ii. Membantu mengingat dngan mudah.
iii. Mencatat nota dengan ringkas den mudah.
iv. Mengimbangkan penggunaan otak kanan (menggambarkan) dan otak kiri (analisis).
Ciri-ciri peta minda ialah :
i. Kreatif dan tidak formal.
ii. Tajuk diletakkan di bahagian tengah (idea lain dikembangkan di luar idea utama)
iii. Penggunaan warna, anak panah, rajah, kod untuk menunjukkan perkaitan antara tajuk kecil dan tajuk utama.
Kebaikan atau Kelebihan Menggunakan Peta Minda :
i. Mudah diingati oleh pembuat peta minda.
ii. Dapat dibaca dengan mudah.
iii. Mudah memahami sesuatu konsep.
iv. Membantu membentuk gambaran mental daripada perkara yang didengari, dilihat, dibaca, dan difikirkan.
Kelemahan Penggunaan Peta Minda :
- Memerlukan msa yang lama untuk mengahsilkan peta minda yang berwarna-warni, mempunyai gambar dan pelbagai bentuk.
- Pelajar perlu menguasai tajuk tersebut dahulu baru boleh menghasilkan peta minda yang menarik. Sekiranya peta minda digunakan untuk pembentangan, pelajar perlu menguasai tajuk tersebut dahulu sebelum membuat pembentangan. Pelajar perlu ada kemahiran untuk menghurai isi agar ahli kumpulan yang lain memahami perkara yang ingin disampaikan.
- Pelajar yang mahir mengenal pasti antara isi dan huraian dalam nota atau teks yang dibaca sebelum diaplikasikan dalam bentuk peta minda.
5 Jenis Contoh Peta Minda Yang Diaplikasi Dalam Pembelajaran :
Rajah 5.5 Peta Minda Jenis Pokok
Rajah 5.2 Peta Minda Jenis Cabang
Rajah 5.3 Peta Minda Jenis Kitaran
Rajah 5.4 Peta Minda Jenis Tulang Ikan
Rajah 5.5 Peta Minda Jenis Alir
5.2.3 Pemetaan i-THINK
i-THINK bermaksud Innovative Thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Ianya dapat merangsang daya berfikir seseorang.
Penggunaan peta i-THINK dapat membantu pelajar :
i. Menggunakan minda.
ii. Cari makna dan pemahaman sesuatu.
iii. Meneroka pelbagai idea dan ciptaan.
iv. Membuat pertimbangan wajar dalam keputusan dam penyelesaian masalah.
Terdapat 8 jenis peta i-THINK :
Contoh-contoh bentuk pemetaan i-THINK :
Rajah 5.8 Contoh Peta Buih Berganda
Rajah 5.9 Contoh Peta Dakap
Rajah 5.10 Contoh Peta Pokok
Rajah 5.11 Contoh Peta Alir
Rajah 5.12 Contoh Peta Pelbagai Alir
Rajah 5.13 Contoh Peta Titi
5.2.4 Teknik Menyoal Aras Tinggi
Merupakan alat perkembangan minda yang paling penting bagi manusia. Tujuan menyoal lain adalah untuk :
Antara Teknik Menyoal Aras Tinggi :
a) Kaedah Sokratik
- Guru mengemukakan pelbagai soalan kepada pelajar untuk berfikir secara mendalam dan meluas.
- Pelajar yang kerap berfikir akan memperolehi sifat ingin tahu yang tinggi secara tidak langsung.
- Contoh pendekatan yang kerap digunakan ialah dialog.
- Soalan yang baik perlu mengambil kira semua aspek, iaitu aras, skop dan fokus.
- Guru harus memahami aras soalan mengikut Taksonomi Bloom agar dapat mengemukakan soalan pada aras tinggi.
b) Soalan Bertumpu Dan Bercapah
c) Lingkaran Soalan
- Diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983).
- Diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen (1994).
- Bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop-skop tertentu:
- a) skop perkara (P)
- b) skop individu (I)
- c) skop luar individu (LI)
- Contoh soalan skop (P)
- Senaraikan jenis sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin A.
- Contoh soalan skop (I)
- Pada pendapat anda, apakah kepentingan Vitamin A terhadap badan kita?
- Contoh soalan lingkaran (LI)
- Adakah ikan salmon yang popular di negara Jepun mengandung Vitamin A yang tinggi?
Untuk membolehkan penyoalan guru menjadi berkesan dan mempunyai impak ialah :
i. Mengemukakan soalan yang mudah difahami
ii. Soalan disusun dari aras mudah kepada sukar.
iii. Guru memberi respons yang sesuai terhadap jawapan pelajar.
iv. Memberi soalan yang memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis.
Digunakan oleh golongan pendidik Ialah Cognitive Research Trust (CoRT). Diperkenalkan oleh Edward De Bono.
Mengandungi enam bahagian CoRT, iaitu :
a) CoRT 1 : PMI - Plus, Minus, Interesting (Baik, Buruk, Menarik)
Bertujuan melatih pelajar berfikir meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi. Pelajar perlu mengelakkan dari beremosi dengan sebab untuk mengembangkan idea.
Contoh Penggunaan PMI
Tajuk : Komputer boleh menggantikan guru di dalam kelas.
Guru meminta pelajar :
i. Plus (P) : Senaraikan yang baik
ii. Minus (M) : Senaraikan yang buruk
iii. Interesting (I) : Senaraikan yang menarik
b) CoRT 1 : CAF - Consider All Factors (Ambil Kira Semua Faktor)
Bertujuan untuk melatih pelajar berfikir dan meninjau semua aspek bagi sesuatu situasi dengan lengkapdan menyeluruh untuk mengelakkan mereka terlupa faktor penting dalam tajuk.
i. Mengemukakan soalan yang mudah difahami
ii. Soalan disusun dari aras mudah kepada sukar.
iii. Guru memberi respons yang sesuai terhadap jawapan pelajar.
iv. Memberi soalan yang memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis.
5.2.5 Alat-alat CoRT 1
Mengandungi enam bahagian CoRT, iaitu :
Bentuk bentuk CoRT :
a) CoRT 1 : PMI - Plus, Minus, Interesting (Baik, Buruk, Menarik)
Bertujuan melatih pelajar berfikir meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi. Pelajar perlu mengelakkan dari beremosi dengan sebab untuk mengembangkan idea.
Contoh Penggunaan PMI
Tajuk : Komputer boleh menggantikan guru di dalam kelas.
Guru meminta pelajar :
i. Plus (P) : Senaraikan yang baik
ii. Minus (M) : Senaraikan yang buruk
iii. Interesting (I) : Senaraikan yang menarik
b) CoRT 1 : CAF - Consider All Factors (Ambil Kira Semua Faktor)
Bertujuan untuk melatih pelajar berfikir dan meninjau semua aspek bagi sesuatu situasi dengan lengkapdan menyeluruh untuk mengelakkan mereka terlupa faktor penting dalam tajuk.
Contoh Penggunaan CAF
Tajuk : Peningkatan kadar kes pembuangan bayi di negara kita.
Guru menyuruh pelajar untuk :
i. Menyenaraikan faktor berkaitan.
ii. Pertimbangkan faktor.
iii. Apakah keputusan selepas pertimbangan dibuat ?
c) CoRT 1 : C&S - Consequence And Sequel (Kesan Dan Akibat Daripada Kesan)
Bertujuan melatih pelajar berfikir dan menjangkakan perkara yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dilakukan serta meramal kesan dan akibat keputusan.
Contoh Penggunaan C&S
Tajuk : Belajar Al-Quran dengan tulisan rumi.
Guru meminta pendapat pelajar :
i. Adakah cadangan itu berjaya ?
ii. Apakah risiko yang akan dihadapi ?
iii. Apakah kesan, jangka panjang, dan jangka pendek ?
iv. Adakah cadangan itu baik ?
d) CoRT 1 : AGO - Aims, Goals, Objektive (Tujuan, Matlamat, objektif)
Bertujuan melatih pelajar berfikir agar menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat dicapai. Ini dapat membantu pelajar daripada melakukan sesuatu tidak berkaitan.
Contoh Penggunaan AGO
Tajuk : Apakah AGO memilih pekerjaan dalam sektor swasta ?
Guru meminta pendapat pelajar :
i. Apakah perancangan AGO ?
ii Adakah tindakan terkeluar daripada AGO ?
iii. Bagaimanakah memastikan AGO dicapai ?
e) CoRT 1 : FIP - First Important Priority (Keutamaan)
Bertujuan untuk melatih pelajar berfikir dengan mendahulukan sesuatu perkara mengikut kepentingan atau keutamaan.
Contoh Penggunaan FIP
Tajuk : Pemilihan tempat untuk lawatan sekolah
Guru meminta pendapat pelajar :
i. Apakah perkara yang penting ?
ii. Antara perkara ini yang mana paling penting ?
iii. Apakah prioriti yang diperlukan tindakan ?
f) CoRT 1 : APC - Alternatives, Possibilities, choices (Alternatif, Kemungkinan, Pilihan)
Bertujuan melatih pelajar berfikir berkenaan beberapa perkara serentak. Meminta pelajar menentukan pilihan terbaik serta mengelakkan pelajar mempunyai pemikiran sehala.
Contoh penggunaan APC
Tajuk : SST perlu dihapuskan.
Guru meminta pendapat pelajar :
i. Apakah cara berlainan untuk selesaikan masalah ini ?
ii. Apakah baik buruk cadangan ?
iii. Manakah cadangan terbaik ?
g) CoRT 1 : OPV - Other People's Views (Pandangan orang lain)
Bertujuan melatih pelajar berfikir dengan mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan. Untuk mengelakkan membuat keputusan yang hanya berfokuskan diri.
Contoh Penggunaan OPV
Tajuk : Mengharamkan merokok di kawasan awam.
Guru meminta pendapat daripada pelajar :
i. Apakah idea anda akan mempengaruhi orang lain ?
ii. Bagaimanakah pandangan orang terhadap idea anda ?
iii. Adakah idea anda bernas dan perlu dilaksanakan ?

5.2.6 Rumusan
Sebelum penggunaan nota yang sistematik ini diperkenalkan, kebanyakkan pelajar di sekolah lebih kepada menghafal tajuk dan maklumat yang penting sahaja. Hal ini, pelajar memerlukan daya ingatan yang kuat. Tetapi berkemungkinan juga kebanyakkan pelajar yang lain tidak mempunyai daya ingatan yang kuat. Pada era zaman moden ini, penggunaan hafalan ini tidak lagi sesuai buat pelajar. Maklumat yang disampaikan oleh guru juga banyak, tidak mungkin pelajar akan dapat menghafal segalanya.
Oleh itu, proses pembelajaran yang menggunakan nota yang sistematik ini amat mudah untuk dilaksanakan oleh pelajar sekolah. Terdapat pelbagai jenis bentuk nota yang ada, jadi pelajar hanya perlu memilih di mana antara ke semua bentuk nota yang sesuai untuk digunakan pakaikan. Hal ini akan dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu tajuk pembelajaran dengan lebih mudah.
Disebabkan hal itu, penggunaan peta pemikiran dan peta minda ini adalah sesuai untuk dijadikan sumber bacaan yang amat mudah untuk otak menganalisis dan menghafal. Jelaslah bahawa, penggunaan nota dalam sistem pembelajaran pelajar disekolah amat membantu pelajar untuk membuat ulangkaji.

5.2.7 Hyperlink (CoRT IV)
1. Disediakan oleh Siti Faradilla Binti Subri
2. Disediakan oleh Mohammad Tirmizi Bin Shaudi
https://dochub.com/sfaradill2204/3gJNPN/kemahiran-belajar
https://dochub.com/sfaradill2204/3gJNPN/kemahiran-belajar
5.2.8 Rujukan
- https://www.slideshare.net/kamalslaw/kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota
- http://farawafa.blogspot.com/
- https://www.scribd.com/doc/242988801/Kemahiran-Mengambil-Dan-Membuat-Nota
- http://mahirkbkk.tripod.com/alat.htm
- https://www.gpsbestari.com/tip/tip-belajar/8-bentuk-peta-i-think-ini-boleh-tingkat-kemahiran-berfikir-1.481436